Sunday, July 5, 2009

Falsafah Pendidikan Guru

Bagi mencapai cita-cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan maka Falsafah Pendidikan Guru telah dibentuk yang antaranya juga bermatlamat ke arah pembentukan akhlak yang mulia.


"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik progresif dan berdisiplin" (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001).


Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru bermatlamat ke arah pembentukan akhlak mulia, yang juga selaras dengan tuntutan firman Allah dan hadis berikut:

"Dan sesungguhnya, kamu (Muhammad saw) benar-benar memiliki akhlak yang agung" (Maksud Al-Qur 'an 68:4).

"Sesungguhnya aku telah diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia"
(Maksud sabda Rasulullah saw dlm, 'Ali Muttaqi, 1989, jld. 3, ms. 6).

Maka proses pembentukkan akhlak generasi muda negara kita masa kini dan generasi masa depan terpikul di atas bahu para pendidik...


Sumber: Masaalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya

No comments:

Post a Comment